Friday, February 4, 2011

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI ARIANI

Salam... 

Bertemu lagikita pada hari ini... Pagi nie saya buka laman web ARIANI dan terus terlihat tentangmaklumat-maklumat terkini ARIANI yang pada pendapat saya perlu lah saya berkongsi dengan pembaca blog.


  • ARIANI telah dibuka di Kota Kinabalu bagi memasarkan produk ARIANi disana yang semakin mendapat sambutan.
  • Akan membuka satu lagi jenama dengan usaha sama JAKELL iaitu HOME MASTER yang berkaitan dengan hiasan dalaman rumah.
  • Keuntungan ARIANI menyumbang kepada 5% keuntungan JAKEL.
  • akan memasarkan cakera padat tentang cara pemakaian tudung yang betuk kepada para pelanggan tidak lama lagi.

Thursday, February 3, 2011

JENIS-JENIS TUDUNG ARIANI

Terdapat pelbagai jenis tudung keluaran ARIANI. Antaranya tudung Tiara Chiffon, Tiara ARIANI, Tiara Special Beaded, Tiara Floral Printed, Tiara Diamond Swarovski, Chiffon Tiara Diamond & Beaded, Tiara Crepe Silk, Selendang Eksklusif Handmade, Selendang Crepe Silk dan lain- lain lagi.

Kesemua tudung ARIANI berharga dalam lingkungan dari RM 39 hingga ke RM 450, bergantung kepada jenis fabrik dan hiasan diamond atau sulaman tudung.

Ada antaranya direka dengan amat eksklusif dengan jahitan sulaman yang mana untuk set masterpiece, ARIANI direka dengan renda bersulam tampal dihiasi jahitan manik dan diamond swarovski yang tulen. Kebanyakan tudung ARIANI adalah dari fabrik Lycra manakala untuk owning yang dipanggil bukrum dijahit dengan mengunakan Thai Silk, Raw Silk dan lain-lain lagi.

ARIANI juga menawarkan tudung polos bermanik dan sekuin yang boleh digayakan dengan pelbagai anak tudung yang merupakan rekaan terbaru. Ia tampak seperti selendang, sesuai untuk anda yang ingin lebih moden dan bergaya. Anak tudung ini juga diperbuat dari fabrik Viscose kapas yang dihiasi batu swarovski.

Dibawah terdapat beberapa tudung Ariani:-

Chiffon Tiara Beaded



 Selendang Chiffon


 Tiara Ariani


 Tiara Diamond



 Tiara Eksklusif


Turkey Silk 

 


Wednesday, February 2, 2011

ARIANI ARIANI

Hai semua.....................  Selamat Tahun Baru China bagi semua yang menyambutnya terutama yang menganut agama Buddha...  Dibawah terdapat beberapa tudung yang terkini dari Ariani..  Harap kalian semua dapat melihat dan tertarik untuk membelinya..








Tudung Mudah Sarung

Pada zaman serba moden ini semua kena cepat tapi kita sebagai umat Islam jangan lupa tentang kewajipan kita sebagai umat Islam yang wajib menutup aurat..

Oleh kerana terkesima dengan masalah ini Ariani telah mengeluarkan tudung mudah sarung seperti yang dipakai oleh isteri kepada panyanyi tanah air Mawi aitu Ekin.  Muka tudung yang terbentuk dengan kain mudah meri menjadikannya cukup mudah dipakai.

Bermula dengan hiasan biasa kini Ariani tampil denganbatu swarovki atau tatahan labuci menjadikannya sesuai dipakai untuk majlis-majlis seperti makan malam.

Kain yang digunakan adalah dari kain yang bermutu tinggi dan kebanyakannya dari Eropah dan walaupun dilihat dari jauh seperti kain biasa tetapi sekiranya disentuh ia menggunakan kain sutera.


Ariani juga menawarkan khidmat nasihat dari segi pemilihan tudung dan cara pemakaian yang sesuai bagi yang baru-baru berjinak menggunakan tudung.