Friday, February 4, 2011

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI ARIANI

Salam... 

Bertemu lagikita pada hari ini... Pagi nie saya buka laman web ARIANI dan terus terlihat tentangmaklumat-maklumat terkini ARIANI yang pada pendapat saya perlu lah saya berkongsi dengan pembaca blog.


  • ARIANI telah dibuka di Kota Kinabalu bagi memasarkan produk ARIANi disana yang semakin mendapat sambutan.
  • Akan membuka satu lagi jenama dengan usaha sama JAKELL iaitu HOME MASTER yang berkaitan dengan hiasan dalaman rumah.
  • Keuntungan ARIANI menyumbang kepada 5% keuntungan JAKEL.
  • akan memasarkan cakera padat tentang cara pemakaian tudung yang betuk kepada para pelanggan tidak lama lagi.

Thursday, February 3, 2011

JENIS-JENIS TUDUNG ARIANI

Terdapat pelbagai jenis tudung keluaran ARIANI. Antaranya tudung Tiara Chiffon, Tiara ARIANI, Tiara Special Beaded, Tiara Floral Printed, Tiara Diamond Swarovski, Chiffon Tiara Diamond & Beaded, Tiara Crepe Silk, Selendang Eksklusif Handmade, Selendang Crepe Silk dan lain- lain lagi.

Kesemua tudung ARIANI berharga dalam lingkungan dari RM 39 hingga ke RM 450, bergantung kepada jenis fabrik dan hiasan diamond atau sulaman tudung.

Ada antaranya direka dengan amat eksklusif dengan jahitan sulaman yang mana untuk set masterpiece, ARIANI direka dengan renda bersulam tampal dihiasi jahitan manik dan diamond swarovski yang tulen. Kebanyakan tudung ARIANI adalah dari fabrik Lycra manakala untuk owning yang dipanggil bukrum dijahit dengan mengunakan Thai Silk, Raw Silk dan lain-lain lagi.

ARIANI juga menawarkan tudung polos bermanik dan sekuin yang boleh digayakan dengan pelbagai anak tudung yang merupakan rekaan terbaru. Ia tampak seperti selendang, sesuai untuk anda yang ingin lebih moden dan bergaya. Anak tudung ini juga diperbuat dari fabrik Viscose kapas yang dihiasi batu swarovski.

Dibawah terdapat beberapa tudung Ariani:-

Chiffon Tiara Beaded



 Selendang Chiffon


 Tiara Ariani


 Tiara Diamond



 Tiara Eksklusif


Turkey Silk 

 


Wednesday, February 2, 2011

ARIANI ARIANI

Hai semua.....................  Selamat Tahun Baru China bagi semua yang menyambutnya terutama yang menganut agama Buddha...  Dibawah terdapat beberapa tudung yang terkini dari Ariani..  Harap kalian semua dapat melihat dan tertarik untuk membelinya..








Tudung Mudah Sarung

Pada zaman serba moden ini semua kena cepat tapi kita sebagai umat Islam jangan lupa tentang kewajipan kita sebagai umat Islam yang wajib menutup aurat..

Oleh kerana terkesima dengan masalah ini Ariani telah mengeluarkan tudung mudah sarung seperti yang dipakai oleh isteri kepada panyanyi tanah air Mawi aitu Ekin.  Muka tudung yang terbentuk dengan kain mudah meri menjadikannya cukup mudah dipakai.

Bermula dengan hiasan biasa kini Ariani tampil denganbatu swarovki atau tatahan labuci menjadikannya sesuai dipakai untuk majlis-majlis seperti makan malam.

Kain yang digunakan adalah dari kain yang bermutu tinggi dan kebanyakannya dari Eropah dan walaupun dilihat dari jauh seperti kain biasa tetapi sekiranya disentuh ia menggunakan kain sutera.


Ariani juga menawarkan khidmat nasihat dari segi pemilihan tudung dan cara pemakaian yang sesuai bagi yang baru-baru berjinak menggunakan tudung.

Monday, January 31, 2011

Cawangan Ariani



salam.....

Bertemu lagi..

Hari ini saya ingin berceritakan tentang cawangan Ariani yang terbesar iaitu terletak berhadapan dengan Jakell di Jalan Masjid India.

Terdapat banyak lagi cawangan Ariani di serata Malaysia yang boleh dikunjungi dan di jadikan sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi....




i.
ARIANI Kuala Lumpur #1
No. 127, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
Tel : 603 2691 9786

ii.

ARIANI Kuala Lumpur #2
No. 135, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
15100 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 603 2698 8978
Fax: 603 2698 7871

iii.

ARIANI Kota Damansara (The Strand)
No.15, Jalan PJU 5/20A,
Pusat Perdangangan Kota Damansara,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 603 6142 7786
Fax: 603 6142 9786

iv.

ARIANI Johor Bahru
No.12, Jalan Titiwangsa 3,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru,
Johor.
Tel: 607 241 6786

v.

ARIANI Bangi
No.38, Jalan Medan,
Pusat Bandar 4,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Tel: 603 8925 3264

vi.

ARIANI Melaka
No.31, Jalan BPM 1,
Taman Bukit Mutiara,
Bukit Piatu,
75150 Melaka.
Tel : 606 284 7237
Fax: 606 284 7249

vii.

ARIANI Kuantan
B13, Jalan Pasar Baru 3,
(Bekas Tapak Lama Globe Silk Store)
25000 Kuantan, Pahang
Tel : 609 513 8694

viii.

ARIANI Kelantan
PT 556, Taman Damai Perdana SPJ,
Mukim Padang Enggang,
Wakaf Che Yeh,
Jalan Kuala Kerai
15100 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 609 741 3969
Fax: 609 741 3968

Sunday, January 30, 2011

TUDUNG ARIANI YANG TERKINI



Ariani Platinum T85Ariani Platinum T85

 

APP100
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Pilihan terkini dengan koleksi platinum terus dari butik ariani

 

APP101
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Pilihan terkini dengan koleksi platinum terus dari butik ariani
APP102
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Pilihan terkini dengan koleksi platinum terus dari butik ariani
APP103
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Pilihan terkini dengan koleksi platinum terus dari butik ariani
APP104
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Corak dan warna serasi dan terserlah

 

APP105
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Corak dan warna serasi dan terserlah
APP106
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Corak dan warna serasi dan terserlah

 

APP77
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Koleksi platinum bercorak dengan labuh S, labuh atas dada

 

APP90
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Labuh S, saiz mini dengan corak xklusif..

 

APP91
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Labuh S, saiz mini dengan corak xklusif..

 

APP92
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Corak terbaru dari tudung ariani platinum
APP93
Tudung Ariani Original » Ariani Platinum Printed
Ramai yang menunggu corak baru tudung ariani, ini satu darinya..


Hai..............

Gambar di atas merupakan beberapa tudung terbaru Ariani yang dapat saya kongsi bersama.. Harap pembaca turut dapat bersama-sama melihat gambar dari koleksi terbaru tudung Ariani... Sesiapa yang berminat bolehlah terus ke gedung Ariani yang berdekatan dan jadi kan sebagai koleksi peribadi anda..

Puan Farah Haryani Muhammad Philip


 salam.........

bertemu kite lagi...

Baru-baru nie saya di beri tugasan untuk mencari tentang usahawan yang berjaya, terus terfikir tentang Ariani dimana walaupun baru dibuka beberapa tahun lepas tetapi telah berjaya menaikkan nama butik Ariani.

Ariani di tubuhkan oleh PuaFarah Haryani Muhammad Philip dimana beliau seperti yang anda ketahui merupakan isteri kepada  Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel.  Walaupun mempunyai suami yang kaya tetapi bagi beliau itu tidak bererti beliau boleh duduk bergoyang kaki.

Beliau sememangnya tidak mahu berfikir dan menuntut kemewahan kerana telah dididik untuk bekerja keras dan berusaha untuk mencari kesenangan sendiri tanpa perlu berharap pada orang lain.  Ramai yang pasti terkejut bahawa Puan Farah Haryani Muhammad Philip merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi Segamat sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memajukanm perniagaan bersama suami yang tercinta pada tahun 2007.

Pada 2008, lahir Butik Ariani dengan pelbagai koleksi tudung, terutama yang menjadi jenamanya, Tiara. Meskipun boleh dikatakan baru setahun jagung, lebih 200 koleksi atau jenis tudung dijual dan butik itu semakin dikenal ramai.

Dan beliau telah menggunakan Ekin iaitu isteri kepada Mawi, penyanyi sebagai duta Ariani dan kemudiannya diganti oleh Wardina Safiyyah.

Friday, January 28, 2011


hai.................

Kepada para pembaca... Hari nie saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai Ariani..
Ramai yang tahu berkenaan Ariani....  Tetapi tahu anda bahawa Ariani ditubuhkan oleh isteri kepada usahawan kain yang terkenal iaitu Farah Haryani Muhammad Philip dimana beliau merupakan isteri kepada Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel.


Selain itu Ariani juga turut menawarkan hanya100 warna dan setiap satu hanya dikeluarkan sebanyak 100 helai sahaja.  Keluarannya yang terhad memang menarik minat pembeli untuk membeli produk berkenaan untuk dijadikan sebagai koleksi.


Harga tudung Ariani sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan dan boleh juga dijadikan sebagai hadiah.  Tudung Ariani juga diperbuat dari kain yang bermutu tinggi seperti yang diimport dari Itali, Perancis dan Jerman.