Sunday, January 30, 2011

Puan Farah Haryani Muhammad Philip


 salam.........

bertemu kite lagi...

Baru-baru nie saya di beri tugasan untuk mencari tentang usahawan yang berjaya, terus terfikir tentang Ariani dimana walaupun baru dibuka beberapa tahun lepas tetapi telah berjaya menaikkan nama butik Ariani.

Ariani di tubuhkan oleh PuaFarah Haryani Muhammad Philip dimana beliau seperti yang anda ketahui merupakan isteri kepada  Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel.  Walaupun mempunyai suami yang kaya tetapi bagi beliau itu tidak bererti beliau boleh duduk bergoyang kaki.

Beliau sememangnya tidak mahu berfikir dan menuntut kemewahan kerana telah dididik untuk bekerja keras dan berusaha untuk mencari kesenangan sendiri tanpa perlu berharap pada orang lain.  Ramai yang pasti terkejut bahawa Puan Farah Haryani Muhammad Philip merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi Segamat sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memajukanm perniagaan bersama suami yang tercinta pada tahun 2007.

Pada 2008, lahir Butik Ariani dengan pelbagai koleksi tudung, terutama yang menjadi jenamanya, Tiara. Meskipun boleh dikatakan baru setahun jagung, lebih 200 koleksi atau jenis tudung dijual dan butik itu semakin dikenal ramai.

Dan beliau telah menggunakan Ekin iaitu isteri kepada Mawi, penyanyi sebagai duta Ariani dan kemudiannya diganti oleh Wardina Safiyyah.

No comments:

Post a Comment